Menjawab Artikel di IluvIslam
Sebenarnya dalam ruangan komen di bawah artikel itu pun sudah ada yang membantah dan mempertikai persoalan-persoalan yang dimainkan penulis. Tapi ana itu sahaja tidak cukup. Kita sebagai muslim perlu berjalan atau berhujah atas dalil yang jelas lagi terang. Seperti firman Allah ta’ala (Yusuf:108):
قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ
Basirah(بصيرة (ini mengikut tafsir ibnu kathir bermakna dalil yang jelas lagi terang, dari segi syarak dan akal.
Sebelum kita berbincang lebih lanjut, kita juga perlu ingat tentang peringatan nabi s.a.w dalam hadith yang berbunyi:
تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ
(Kitab Muwatta’ Imam Malik, Hadith No:1395)
Dalam agama kita ada 2 sandaran yang kukuh;kitab Allah dan sunnah nabiNya, yang orang-orang yang bersandar padanya tidak akan sesat. Itulah janji yang dilontarkan Rasul kita tercinta Muhammad s.a.w kepada kita, umatnya. Tidak boleh tidak untuk mencapai kejayaan yang hakiki di akhirat kelak kita mesti berpegang teguh kepada 2 sumber ini.
Dalam bermuamalah dengan hadith nabi, tidak cukup dengan sekadar kita tahu dan menyimpan dalam diri, untuk keperluan diri, kerana ini bercanggah dengan arahan nabi kita dalam hadith yang berbunyi:
بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً وَحَدِّثُوا عَنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَلَا حَرَجَ وَمَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ
(Sahih Bukhari: Hadith No:3202)
Dalam hadith diatas juga melarang kita memperkatakan sesuatu tentang Rasulullah yang tidak pernah diucapkan baginda. Dan neraka lah balasannya. Na’uzubillah min zalik.
Di atas dasar-dasar yang sudah diterangkan diatas, kita semak semula artikel yang ditulis penulis. Komen ana yang pertama berkisar tentang ‘hadith’ yang ditulis pengarang artikel. Sila rujuk artikel untuk pengesahan. Perkara pertama, penulis menulis ‘hadith’ seperti berikut:
(Sabda Rasulullah S.A.W. : "Akan muncul di akhir zaman nanti, suatu kaum yang terdiri dari orang-orang muda yang masih mentah fikirannya (cetek faham agamanya). Mereka banyak mengucapkan perkataan Khairil Bariyah (firman Allah dan hadis Rasul), tetapi iman mereka masih lemah. Pada hakikatnya mereka telah keluar agama seperti anak panah yang lepas dari busurnya. Di mana sahaja kamu dapat menemuinya, maka hapuskanlah mereka itu, siapa yang dapat menghapus mereka, kelak akan mendapat pahala di hari kiamat. " Riwayat Bukhari dan Muslim)
Bila ana semak dalam sahih bukhari, ana jumpa teks asal yang berbunyi:
سَيَخْرُجُ قَوْمٌ فِي آخِرِ الزَّمَانِ أَحْدَاثُ الْأَسْنَانِ سُفَهَاءُ الْأَحْلَامِ يَقُولُونَ مِنْ خَيْرِ قَوْلِ الْبَرِيَّةِ لَا يُجَاوِزُ إِيمَانُهُمْ حَنَاجِرَهُمْ يَمْرُقُونَ مِنْ الدِّينِ كَمَا يَمْرُقُ السَّهْمُ مِنْ الرَّمِيَّةِ فَأَيْنَمَا لَقِيتُمُوهُمْ فَاقْتُلُوهُمْ فَإِنَّ فِي قَتْلِهِمْ أَجْرًا لِمَنْ قَتَلَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
(Hadith riwayat Bukhari, No:6418)
Ana melihat penulis ada maksud lain yang tersirat dalam penulisan beliau. Mungkin betul ada yang menyalahgunakan ayat quran dan hadith untuk kepentingan diri, seperti yang diterangkan dalam hadith.
Tapi kita daie dalam menyebarkan Islam, tidak masuk akal untuk berdakwah tanpa menggunakan ayat al-quran dan hadith. Dan kita berdakwah bukan kearah benda yang baru, tapi benda yang sama yang diucapkan sahabat, tabiin, dan salafusoleh terdahulu.
Akhir kata, Allah lebih mengetahui niat dalam hati kita, dan dia Maha Mengetahui akan kebenaran yang sebenarnya. Dan kita juga tak akan dihukum melainkan mengikut pengetahuan kita. Moga Allah meletakkan kita dalam golongan yang diredhaiNya.
اللهم اهدنا إلى صراتك المستقيم
3 comments:
ihdina!
cuma penulis tu ambil tafsiran ahdasul asnan dan sufaha' ahlam tu sbg cetek fahaman agama.
hurm . xnampak lari sgt pun . tp in general, teguran yg mmbina utk kes2 lain
ades. aku pun silap. nak tegur org aku yang salah.. haha lupa nak edit balik. syukran qib
Post a Comment