Pages

Pengikut ke pemimpin?

Wednesday, March 16, 2011

Tertarik dengan tulisan kawan saya di blog beliau. Berkenaan dengan 3 golongan manusia. Beliau mengelaskan manusia diatas muka bumi kepada 3:

1. Golongan pejuang ideologi. Golongan yang ada agenda dan mendokongnya, menyebarkannya dan mempengaruhi orang lain untuk mengikutnya. Iniah golongan yang paling hebat dan paling sedikit.

2. Golongan pertengahan.

Mereka yang hidup untuk orang lain, suka tengok orang lain bahagia, suka tolong orang lain dan suka bantu orang lain. Tak kisah diri rasa susah, yang penting orang lain senang.

3. Golongan yang hidup untuk diri sendiri. Hidup mementingkan diri, memuaskan nafsu sendiri.

Saya ada pendapat sendiri dalam hal ni. Kalau kita dalam kitab suci kita, Al-quran ada tercatat dalam surah Al-Aa’raf:

قَالَ ادْخُلُوا فِي أُمَمٍ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِكُمْ مِنَ الْجِنِّ وَالإنْسِ فِي النَّارِ كُلَّمَا دَخَلَتْ أُمَّةٌ لَعَنَتْ أُخْتَهَا حَتَّى إِذَا ادَّارَكُوا فِيهَا جَمِيعًا قَالَتْ أُخْرَاهُمْ لأولاهُمْ رَبَّنَا هَؤُلاءِ أَضَلُّونَا فَآتِهِمْ عَذَابًا ضِعْفًا مِنَ النَّارِ قَالَ لِكُلٍّ ضِعْفٌ وَلَكِنْ لا تَعْلَمُونَ

38. Allah berfirman: "Masuklah kamu ke Dalam neraka bersama-sama umat-umat Yang terdahulu daripada kamu, dari jin dan manusia. tiap-tiap satu umat Yang masuk, mengutuk akan saudaranya (golongannya sendiri); hingga apabila mereka semua berhimpun di dalamnya, berkatalah golongan Yang akhir mengenai golongan Yang pertama di antara mereka: "Wahai Tuhan kami, mereka Inilah Yang telah menyesatkan kami; oleh itu berilah kepada mereka azab seksa Yang berlipat ganda dari (azab) neraka". Allah berfirman: "Kamu masing-masing disediakan (azab seksa) Yang berlipat ganda tetapi kamu tidak Mengetahui".

وَقَالَتْ أُولاهُمْ لأخْرَاهُمْ فَمَا كَانَ لَكُمْ عَلَيْنَا مِنْ فَضْلٍ فَذُوقُوا الْعَذَابَ بِمَا كُنْتُمْ تَكْسِبُونَ

39. dan berkatalah golongan pertama (ketua-ketua), di antara mereka, kepada golongan Yang akhir (pengikut-pengikutnya): "(Jika Demikianlah hukuman Tuhan), maka tidak ada bagi kamu sebarang kelebihan atas kami". (Allah berfirman): "Oleh itu rasalah kamu azab seksa disebabkan apa Yang kamu telah usahakan".

Dalam ayat ini menjelaskan di hari akhirat nanti ada 2 golongan. Golongan awal (pemimpin) dan akhir (pengikut).

Dalam ayat tersebut menunjukkan 2 golongan ini diseksa kerana ingkar akan Allah. Dalam ayat itu jela menunjukkan golongan kedua menyalahkan golongan pertama kerana menyesatkan mereka. Tapi kita lihat mereka diazab sama tanpa beza disisi Allah.

Dari ayat ini, saya membuat kesimpulan. Ada 2 golongan di dunia ini. Ada golongan pemimpin, lazimnya lebih tua. Sama seperti golongan pertama yang ditulis rakan saya di blog beliau. Golongan kedua pula adalah yang mengikut, lazimnya lebih muda dan datang kemudian.

Golongan Pemimpin.

Selalunya ada sifat kepimpinan. Proaktif, bukannya seorang reaktif. Seorang yang mencetuskan sesuatu. Selalunya susah untuk terima pendapat orang lain.

Inlah golongan pengubah dunia. Lihatlah nama-nama yang tertulis sebagai pemimpin-pemimpin dunia. Bacalah biografi mereka. Mereka ini ada perjuangan sendiri, ada motif sendiri.

Golongan Pengikut.

Selain dari pemimpin, semuanya pengikut. Ada manusia yang mengikut manusia lain, ada yang mengikut nafsu dan syaitan.

Maka dimanakah kita? Adakah kita seorang pengikut atau pemimpin? No pressure. Tak ada salahnya kita jadi yang mana sekalipun. Ada manusia yang percaya perkara ini sudah tetap dan tak boleh berubah. Pengikut akan selama-lamanya pengikut. Ini ternyata salah. Saya sendiri pernah melihat berbagai-bagai situasi di depan mata. Pernah dahulu orang yang sangat panda berkhutbah, suka memotivasi orang lain dan penuh dedikasi menjadi lemah semangat dan tunduk kepada manusia lain, lalu pasif dan menjadi seakan robot yang mengikut segala arahan baik buruk atau baik. Pernah juga saya lihat manusia yang tak pernah dipandang orang bangkit menjadi pemimpin pelajar sekelip mata.

Pokoknya, kita sendiri boleh pilih apa watak kita. Dan saya sendiri tak nampak salahnya dalam pilihan itu. Cuma,

Untuk pemimpin, anda sebenarnya tokoh dalam masyarakat. Setiap perbuatan buruk atau baik akan ditiru dan merebak. Jadi, pastikan diri jelas apa yang ingin dibawa. Perhatikan adakah kita membawa manusia kepada Allah, atau syirik padaNya?

Untuk pengikut, ikutilah manusia yang terbukti keikhlasan dalam agama, terjaga akhlaknya, dan jelas matlamatnya tanpa sembunyi dan penipuan. Kerana siapa yang kita pilih untuk ikut, kitalah yang bertanggungjawab keatas pilihan itu. Di akhirat nanti kita kan dipertanggunjawabkan atas pilihan itu. Dan mengikut bukan bermakna taklid tanpa fikir, kerana Islam mengajar kita berfikir untuk mengikut.

Akhirnya, ikut atau tunjuk, kita perlukan analisa dan fikiran yang tajam. Sentiasa.

Saya? Saya ingin memimpin manusia ke arah tuhan mereka!

No comments: