Sedar tak sedar, seminggu lagi akan menjelanglah ramadhan. Ramadhan yang mulia, berkat dan dirahmati. Amalan dilipat ganda. Nafsu ditekan. dosa berkuarang. Hati dibersihkan.
Bulan puasa ni sekali setahun sahaja. Nak tak nak memang orang akan pulun beribadat. Sebab dah diuar-uarkan betapa banyak pahala yang kita boleh dapat.
Pokok persoalannya di sini bukan nak cerita pasal fadhilat yang semua orang mungkin dah tahu. Ini tentang persediaan, utk marathon ibadah kita.
Selalunya, muslim di Malaysia akan penuhkan masjid di awal ramdhan. berlalunye hari berkuranglah manusia. Kenapa ya?

Kalau anda pernah masuk marathon, merentas desa, lari jarak jauh, anda akan tahu pentingnya stamina. Kalau lari perlahan, akan kena tinggal. Kalau lari laju, cepat penat dan terpaksa berhenti di tengah jalan. Cara nak menang? Perlu lari dengan kelajuan yang 'constant' sampai akhir. Macam mana nak stamina? Latihan.
Manusia yang gigih beramal dari awal ramadhan hingga akhir lah yang akan menang. Mereka ni selalunya orang yang dah selalu beramal lama sebelum datangnya ramadhan. Macam mana orang yang biasa macam kita?
Sebab hanya tinggal seminggu, yang hanya boleh dibuat ialah 'warm up'. Mula kan tilawah, solat2 sunat, bersedekah, dan lain-lain amalan dari sekarang. Moga-moga bila tibanya Ramadhan kita tak cepat 'penat' dan berhenti di tengah jalan.^^
"Allahumma barikna fi sya'ban wa ballighna ramadhan"
2 comments:
uik.. semakin hebat berbicara
mata pena lebih tajam berbanding mata pedang...
well, nowadays semua orang guna laptop... jadi jari lebih tajam daripada mata pedang
salam,
berilmiah tol entri2 kat blog ni,
ko kt ne eh skang?
aku jumpe blog ko ni pun dari link blog shamil..
hanif kt ne?
selamat menyambut ramadhan :)
Post a Comment