Pages

Antara Ilmu dan Amal. بين العلم والعمل

Monday, March 7, 2011

Selalu kita dengar, 

العلم بلا عمل كالشجر بلا ثمر

"ilmu tanpa amal bagai pohon tak berbuah"

tapi kita jarang menghayati maksud disebalik kata-kata tersebut. ramai yang hidup leka dengan dunia sendiri. kawan, saudara, adik-beradik jauh dari fikiran dan kerisauan. apatah lagi untuk memikirkan masalah masyarakat, negara, atau dunia secara keseluruhannya. mungkin ada yang pernah terfikir di petang hari selepas lelah bekerja. atau selepas usai solat di waktu isya', atau mungkin juga menjadi topik perbincangan setelah selesai kuliah mingguan lontaran dari ustaz yang sama semenjak sepuluh tahun menetap di taman perumahan itu. Iyalah, baru sahaja berbincang tentang bab-bab agama, tentulah perlu berlagak baik sebentar. 

Namun sejauh mana fikiran dan lintasan itu mengalir ke daerah amal. Di mana setiap idea bertukar menjadi buah yang ranum, yang dapat dimakan dek setiap yang lalu di pohon yang redup lagi rendang itu? Jarang sekali!

Di dalam perjalanan sebagai seorang hamba, ramai yang telah ditemui, ditemu ramah, didengar pendapat walau tak diminta, dan tak lupa juga kuliah-kuliah mingguan. Ada yang ilmunya hebat, laksana perpustakaan bergerak. Tanya sahaja setiap fakta, setiap pendapat, semua tempat. Tak cukup dengan penerangan ustaz, ada juga tambahan pendapat peribadi. Namun bila ditanya tentang medan amal, nada suara terus merendah. Mata tunduk, bukan kerana ada tikus yang lalu dibawah seluar, bukan juga kerana silau mentari. 

Di sudut pandangan yang lain, ada golongan yang keras bekerja, siang dan malam, petang dan pagi. Semenjak pagi keluar hingga ke petang, mencari nafkah, mencari pahala. Hingga mata yang melihat penuh simpati. Bila dinasihat, dengan niat menegur dan membantu, dibalas dengan herdikan. Dikatanya si penegur tak beradap, tak meghargai pengorbanan dan masih mentah fikiran. Sedang yang diharap cuma peningkatan dan hasil, sesuai dengan pengorbanan.


Dalam celah kegelapan dan lautan 2 golongan ini, ada golongan lain yang sedang nyenyak. Menunggu untuk bangun membuat perubahan. membangun idea dari kertas draf kepada produk sebenar, keluar dari alam khayalan kepada bumi realiti. Tak mudah mencari si dia. Ada yang sedang berlakon sebagai penghibur masyarakat, ada si pemain muzik, ada juga ahli karyawan maya. Takkan lupa kepada guru sekolah. Tapi bila ditiup ruh Islam. Mereka bangkit berlari, menjerit sedaya upaya. Memerah segala keringat. 

Kenapa?

Kerana amalkan ilmu. Kerana tahu setiap ilmu itu ada tuntutannya. Kerana mencari redha Tuhannya.


No comments: