Baru lepas pulih dari demam. Belum pulih sepenuhnya, tapi dakwah menuntut aku untuk tak memanjakan diri di rumah. Beberapa hari yang lepas, selepas berhempas pulas ke sana ke mari, tersedar satu benda. Tak cukup tarbiyya jasadiyyah rupanya badan ni. Sekejap je dah worn out. Mungkin lepas ni kena spend masa yang lebih untuk exercise. Tak dinafikan sejak datang ke mesir ni kurang bersenam. Tak tahu kenapa.
Sebenarnya dah malas nak menulis sebelum ni, sebab nak kena meluangkan masa yang banyak untuk fikir bahan dan tajuk yang sesuai. Tapi atas keperluan dan permintaan rakan-rakan, paksa juga diri untuk menulis. Kalau ada orang boleh tuliskan, kita cakap je kan best... :-)
Tarbiyyah
ada yang faham perjumpaan sekali seminggu
ada yang faham ilmu-ilmu tentang dakwah
ada yang faham ukhuwwah islamiyyah
ada yang faham duduk bersama dalam satu kumpulan
ada yang faham pergi seminar
ada yang faham qiamullail
ada yang faham semua sekali!
apa pendapat anda?!
Tarbiyyah itu satu perjalanan untuk mendidik diri, ke arah yang lebih baik, menuju keredhaan Tuhan yang Esa. Ia merupakan satu sistem, yang lengkap dan melengkapi. Menukar manusia yang dahulunya menjadi hamba manusia, kepada hamba Tuhan. Menukar robot-robot menjadi makhluk yang mulia. Mengarahkan manusia menuju syurga yang abadi!
Tarbiyyah memerlukan kesungguhan, ia memerlukan tolakan dalaman untuk mengubah diri, memaksa diri untuk mendengar nasihat orang lain. Dan menghadapi tekanan dari luar. Secara sunnatullah, benda yang tak bergerak tak akan ada halangan. Pada awal pergerakan, akan ada inertia yang sangat besar yang cuba mengahalang kita. Ia mungkin berbentuk material, rasa malas, idea-idea pelik, dan mungkin juga rakan sebaya. Jika inertia dapat diatasi, maka bergeraklah jasad tersebut. Namun selepas itu ada pula geseran yang menghasut supaya jasad itu berhenti. Sungguh syaitan tak akan membiarkan seorang mukmin terus menjadi baik tanpa halangan. Jadi apakah daya tujah yang dapat memastikan jasad itu akan sentiasa bergerak?
Itulah iman!
Tarbiyyah kita mengajar supaya memupuk iman yang 'amiq. Sedalam lautan yang tak dicapai cahaya mentari. Iman yang kuat yang mengakar ke bumi, tak akan tergoyah walau sekuat mana badai yang mendatang.
Lihatlah bagaimana Allah membuat perumpamaan kalimah tayyibah (لا اله الا الله) seperti sebuah pokok yang baik. akar nya 'ثابت' yaitu tetap dan cabangnya (dahan) ke langit. Perumpaan yang sangat indah dan tepat! Lihatlah bagaimana Allah menunjukkan kaitan iman (akar) dan amal (cabang). لا اله الا الله bukan sekadar laungan kosong di mulut, tapi ia merupakan sesuatu yang tertanam di hati sebagai kepercayaan dan tertonjol melalui perbuatan harian kita.
Hasil dari iman adalah penyerahan diri seluruhnya kepada Allah. Kita membebaskan diri dari menjadi hamba nafsu, hamba majikan, hamba 'orang agama', hamba perempuan, hamba internet, dan semua makluk yang lain yang hakikatnya tidak dapat memberi manfaat atau mudharat kepada kita. Apabila kita menyerahkan seluruh hidup kita kepada Allah - hasil dari iman- melalui amal yang ditunjukkan kepada kita melalui ajaran dari Rasul jadilah kita seorang yang menyerah diri, Muslim. Itulah Islam.
Itulah لا اله الا الله
Islam yang tertonjol melalui akhlaq yang sempurna, dan dakwah yang terancang....
p/s: ada satu isu nak tulis haritu, tapi dah luput dari ingatan...
No comments:
Post a Comment