Pages

ساعة ساعة

Saturday, December 31, 2011

Salam

Terasa macam nak buat rant hari terakhir 2011.

Apa khabar semua. Harap semua yang sedang baca dalam keadaan gembira!

Kali ni nak cerita sikit pasal prioriti dan konteks. Kebelakangan ni banyak pulak isu orang yang xleh nak letak priotiti dengan betul dan tak react kena dengan suasana. Kita sebagai manusia kena faham situasi dan bertindak balas sesuai dengan situasi. Dalam zaman siber ni, benda ni susah nak buat. Sebab semua orang dah sangat 'fast paced'. Terlalu cepat berubah dari satu keadaan ke keadaan yang lain.

Ada satu cerita tentang seorang kawan. Seorang yang playful, suka bergurau, happy go lucky dan selalu melawak. Pada satu hari, dia diamanahkan untuk bagi satu ceramah. Bila dia bagi ceramah, tersangat serius dan memberi kesan; suara yang tegas dan penuh semangat. Semua pendengar yang mendengar khusyuk dan dapat banyak manfaat. Isunya pada sahabat serumah kawan kita ni. Sahabatnya bertanya: "Kau tak rasa macam kau hipokrit ke, kat rumah suka gurau buat lawak,bila bagi ceramah serius pulak?". Bila saya dengar kisah ni saya terus terasa nak tulis blog post, haah.

Semua pernah dengar kisah tentang sahabat, ramai sebenarnya Sahabat Rasulullah yang melalui kes begini. Sahabat pernah mengadu kepada ar-Rasul s.a.w yang apabila mereka bersama Nabi, hati mereka tunduk mengingati akhirat. Tapi bila pulang ke rumah mereka dilalaikan dan gembira dengan anak-anak dan isteri. Meraka mengadu yang meraka rasa seperti hipokrit. Jawab ar-Rasul? ساعة ساعة . Maknanya saat demi saat. Huraian? Semua perkara ada saatnya yang sesuai untuknya. Ada juga riwayat lain yang meriwayatkan Rasul tidak mengajar Islam secara berterusan (ada jarak dan kadang-kadang ada kadang tiada) kerana takutkan Sahabat merasa jemu.

Di sini kita dapat pengajaran yang sangat besar. Para sahabat, golongan yang paling mulia selepas nabi pun boleh rasa bosan! Apatah lagi kita manusia biasa ni. Bukan nak demotivate atau nak kata kita harus bermalas-malas dalam beramal, tapi kita kena pandai bermain dengan diri kita sendiri. Tahu yang kadang-kadang kita manusia boleh bosan, kadang-kadang semangat. Kadang tinggi imannya dan dalam masa lain tak bersemangat walau utk solat berjemaah.

Sebab itu amal yang paling tinggi nilainya ialah: ما دام و إن قل (yang berterusan walau sedikit).


Apa kaitan semua ini dengan hidup kita sehari-hari?

Kita kena pandai analyze suasana dan react dengan cara yang betul. Ada masa kita serius, ada masa kita bergurau. Ada masa kita ketawa, ada masa kita sedih. Cuba bayangkan kalau ada orang meninggal dunia depan kita, kemudian kita ketawa? Apa pandangan manusia keliling terhadap kita? (Kira bernasib baik la kalau tak ada orang panggil ambulans utk di hantar ke Tanjung Rambutan)

Ada orang anggap bila kita jadi seorang muslim yang bertakwa, kita kena sentiasa sedih takutkan akhirat. Jalan kena tunduk. Pakai jubah kain kasar. Serban 5 kilogram. Nak pergi surau tak boleh kalau tak pakai baju melayu + kain pelikat + songkok. Nak jadi imam kena janggut putih sampai dada. Nak belajar quran kena masuk gua bertapa dengan tok guru (ok ni melampau, :p).

Kalau kita baca kisah sahabat-sahabat Nabi, kita akan tahu yang mereka manusia biasa seperti kita juga. Tak perlu buat seperti yang macam saya sebut kat atas. Tapi tasawwur manusia sekarang semua dah distorted!

Sedikit demi sedikit manusia dah makin OK. Cuma proses pengislahan kena terus berlaku, dengan menggunakan apa jua media. InsyaAllah, kemenangan sudah dekat.

Lepas ni nak tulis pasal masalah liberal pula. Nantikan. (Doa2 la saya rajin tulis, ya!)






No comments: