Dah sangat lama dah tak menulis. Kekok rasanya nak menulis kembali, tapi jari diteruskan juga walau tak banyak idea. Gejala tak menulis ni tampak dah berjangkit kepada ramai sahabat, terutama yang dah 'melangkah ke alam baru'. Semua prioriti perlu dijadual kembali. Semakin banyak tanggungjawab dan masuliyyah yang terbeban ke atas bahu, hingga kita terabai atau culas dalam memenuhi tuntuan dakwah dan tarbiyyah.
Tapi itulah hidup, satu perjalanan yang panjang yang sentiasa ada perubahan dan dugaan. Kita tak boleh selesa dengan satu keadaan kerana kita akan terus ke hadapan. Makin hari makin maju, sudah tentu ada yang perlu ditinggal di belakang, dan ada pembaharuan yang berlaku. Dalam kesibukan menyesuaikan diri, jangan sekali-sekali kita lupa akan prioriti dan tujuan hidup; kerana yang lupa tujuan hidupnya hilanglah nilai dari dirinya.
Dalam masa yang sama, kita tak akan boleh menghalang perubahan. Jadi semua mesti ada cara yang baru untuk mengurus agenda harian hidup. Jika dahulu kita boleh mengambil masa yang lama untuk satu minat yang tertentu atau bergaul dengan rakan sekolah, mungkin perlu dikurangkan atau hobi ditukar terus kepada yang lebih suitable dengan gaya hidup sekarang.
Untuk yang baru sahaja selesai belajar dan mula bekerja. Sudah tiada masa "tidur pun duit masuk!". Sudah tiada kelas yang boleh diponteng. Bagi yang sudah berkahwin, tiada lagi keputusan/ajakan yang boleh dibuat on the spot. Semua rancangan perlu memikirkan posisi diri sebagai ahli satu keluarga baru, bukan lagi keputusan peribadi. Bagi yang sudah dikurniakan rezeki cahaya mata, maka ia lebih berat lagi.
Begitulah hidup kita akan melalui fasa-fasa tersebut. Kita mohon kepada Allah supaya diberi kekuatan untuk menyusun dan memberi setiap perkara itu haknya. Moga Allah menolong kita dalam menunaikan tanggungjawab kita.
![]() |
| Tahniah kepada sahabat-sahabat yang telah dan akan menimang cahaya mata |
SaLaM

No comments:
Post a Comment