Salam. Ramadhan kareem. Sedar tak sedar kita dah di hari kesebelas ramadhan. Macam mana ramadhan tahun ini. Adakah lebih baik dari yang lepas? Atau sama sahaja? Atau semakin teruk?!
Hari ini hari jumaat. Macam hari jumaat yang lain hari ini ada khutbah. Alhamdulillah hari ini Allah bagi kesempatan untuk dengar khutbah yang menarik. Apa yang menarik? Tak tahulah macam mana nak cerita. Tapi khatib tu memang hebat. Sejak hari pertama jumpa dia dah kagum dengan kepetahannya berkata-kata. Setiap kali cerita tentang fakta akan keluar bersama dalil Al-Quran atau hadith. Memang tsaqafah yang sangat tinggi. Dan sepanjang dengar dia beri tazkirah atau ceramah, tak pernah sekalipun dengar dia terlupa atau gagap. Subhanallah. Kat Malaysia payah nak jumpa orang macam ni. Cukup dulu pasal khatib, kita balik kepada isi khutbah.
Hari ini cerita tentang tsabat. Dalam bahasa melayu bermaksud tetap. Dari sudut pandangan Islam, bila kita cerita tentang tsabat akan tergambar satu perkataan lain; istiqamah. Tsabat bermaksud dalam ketaatan kepada Allah. Ketaatan dalam melaksanakan tuntutan, dan meninggalkan segala larangan. Tapi apakah tuntutan dan larangan Allah? Adakah sekadar mengaku diri Muslim?
Cukup sekadar solat?
Bangun tidur, makan , pergi sekolah, belajar, bukak komputer, bukak facebook, baca blog, dan tidur semula. Inikah yang kita panggil memenuhi tuntutan sebagai muslim?
Mari kita kembali kepada kalam Allah kepada kita, Al-Quran. Kita buka surah Luqman, kita lihat apa yang diajar Luqman kepada anaknya?
1. Solat
2. Amar makruf nahi munkar
Dalam hal ini kita dapat kiaskan perkara diatas sebagai:
Solat – Soleh. Diri yang baik. Luqman ajar anaknya supaya memperbaiki diri dan menjadi hamba yang soleh.
Amar makruf nahi munkar – Musleh. Kemudian Luqman mengajar anaknya supaya memperbaiki orang lain disekelilingnya.
Inilah hakikat ketaatan. Dimaksudkan dengan tsabat adalah tetap dalam menjadi seorang yang soleh dan musleh. Dan inilah perkara yang paling sukar sebagai manusia. Kerana inilah nabi kita Muhammad telah bersabda:
“Sebaik-baik amalan disisi Allah; yang berterusan walaupun sedikit.”
"أحب الأعمال إلى الله: أدومها وإن قل"
Macam mana nak memastikan kita tsabat hingga ke akhir hayat, supaya kita mati dalam keadaan muslim?
Tidak dapat tidak perkara yang pertama keatas kita adalah doa. Apakah doa yang paling dilazimi oleh nabi dan kekasih kita Muhammad s.a.w?
“اللهم ثبت قلبي على دينك”
“Ya Allah tetapkanlah hati ku atas agamamu”
Lihatlah doa nabi kita. Sedang baginda yang paling rapat dengan Allah. Semulia-mulia makhluk pun berdoa supaya ditetapkan atas Islam. Jadi bagaimana kita?
2. Setelah doa, kita wajib melazimi pembacaan quran dengan tadabbur. Sedarkah kita ayat-ayat dalam quran itu ditujukan pada kita, sebagai panduan dan teguran? Alangkah sombongnya kita sebagai hamba untuk meninggalkan kata-kata yang dilontarkan kepada kita, sedang Tuhan tidak mendapat manfaat dari kita bahkan kitalah yang amat memerlukanNya!
Sesungguhnya Al-Quran itu pelembut bagi hati. Penawar bagi segala masalah psikologi yang dialami manusia. Alangkah rugi manusia yang meninggalkannya!
Tsabat. ثبت. Tiga huruf. Namun untuk menyempurnakannya amatlah sukar. Sama-samalah kita memohon kepada tuhan agar kita tergolong dalam orang-orang yang ditetapkan dalam iman hingga ke nafas terakhir.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اتَّقُواْ اللّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ - 3:102
No comments:
Post a Comment