Pages

Kesusahan tanda kejayaan

Tuesday, February 9, 2010

Salam.
Teringat dulu masa muda-muda, pada satu sesi ceramah kelolaan ustaz-ustaz yang hebat, menceritakan tentang sejarah para sahabat nabi di zaman mekah. Kalau cerita tentang zaman Mekah, cerita yang popular tentulah cerita tentang penyeksaan dan kesusahan. Cerita tentang penindasan dan ketidakadilan. Cerita tentang pengorbanan. 



Cerita tentang Bilal bin Rabah. Disiksa oleh tuannya, diletakkan di tengah padang pasir dan ditindih dengan batu besar. Panasnya pasir yang kalau kita pijak tak pakai kasut pun macam nak melecur. Bayangkan kita dibaringkan atas pasir macam tu. Bayangkan pulak kita dihempap dengan batu yang berat yang boleh mematahkan setiap tulang dan sendi. Bayangkan. Mendengar cerita sebegitu dan banyak lagi kisah sahabat-sahabat nabi yang lain membuatkan kami insaf dan termangu. Runsing memikirkan standard yang amat tinggi diletakkan sebagai ahli syurga.

Kemudian seorang rakan bertanya:

Rakan: "Ustaz adakah kita tak jadi hebat macam sahabat sebab kita tak diseksa?Adakah kita kena doa pada Allah supaya diberi kesusahan, supaya dapat jadi hebat macam para sahabat?"

Ustaz: "Kita diberi ujian berdasarkan iman kita. 'Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya.(2:186)'. Sahabat menghadapi kesusahan setelah mereka mengamalkan Islam dan berdakwah. Kita tak dapat ujian yang susah sebab tak buat kerja!"



Jawapan yang membisukan semua manusia disitu. Sangat betul kata penceramah pada hari itu. Aku cuma dapat sedar pada hari ini. Kadang-kadang kita rasa kita ada peningkatan bila kita dah lama dan banyak buat kerja. Tapi sebenarnya tidak. Itu mungkin peningkatan dari segi ukuran manusia. Ukuran tuhan, hanya Allah yang tahu. Namun kita dapat lihat tanda-tanda itu melalui hati dan kehidupan.

Pernah seorang sahabat berkata: "Ana rasa, Allah akan uji kita dengan ujian yang sama berkali-kali sampailah kita lepas ujian tu. bila kita dah lepas, Baru kita akan diuji dengan ujian yang lain."

Jadi,bila kita rasa susah dengan jalan dakwah ini kerana banyaknya ujian, BERGEMBIRALAH! Kerana Anda telah menjadi orang yang dipilih tuhan untuk menerima ujian yang lebih hebat dari sebelumnya. Dengan kata lain, anda sudah mampu untuk menerima ujian yang begitu hebat. Dan Allah tidak akan menguji kita dengan ujian yang tak dapat kita lepasi!

Anggaplah setiap ujian seperti anak tangga. Setiap satu yang didaki mendekatkan kita dengan syurgaNya.



FYP Update:
1. Dah jumpa Dr Rose (Supervisor), kinda kena marah sbb lama tak pergi jumpa, nasib baik Dr Dino ada sekali masa tu, so Dr Rose x boleh nak marah sangat,
2. DTW dah macam boleh buat, tinggal nak ganti euclidean distance ke code distance yang baru untuk DDTW. sepatutnya tak susah sangat, harap boleh siap hari ni, 


2 comments:

Thaaqhib Mohammed said...

doktor tu sama cam 'wanitawanita solehah' kat situ ke?

Perantau said...

ahaha. x paham, ape maksud ko sama?