Pages

Bila diri sudah lupa

Saturday, February 6, 2010

Zaman berlalu, tahun berganti tahun, bulan berganti, minggu juga.

Siapakah kita?
Kita diertikan dengan amal,
Amal yang telah diukir dengan tangan kita sendiri.

Pernahkah kita jumpa manusia yang berkata:
"Aku manusia soleh"
"Aku baik hati, bersih lagi suci"
"Aku manusia yang akan ke syurga"

Namun sepanjang kita mengenali mereka, tidak sedikit pun membayangkan apa yang mereka ucapkan.
Hati mereka lalai akan Allah.
Jauh dari suruhanNya.
Bergelumang dengan maksiat, laranganNya.

Mereka berteriak lagi:
"Kami manusia yang mengajak kepada tuhan!"
"Kamilah kumpulan yang terpilih untuk membawa Islam"
"Kamilah! Mari bersama kami!"

Namun ibadah mereka hanya solat, zakat dan haji.
Laungan mereka kering,
Tidak disambut, tidak dirangkul, 
Tiada yang menjawab.

Zaman berlalu, tahun berganti tahun, bulan berganti, minggu juga.

Dimanakah silap?
Jelas bukan?


Khinzir halal? Anyone?



Kalaulah betul kita manusia yang akan ke syurga, buktikan! Buktikan dengan segala aspek dalam kehidupan, setiap saat, setiap detik. Sepertimana gambar diatas, tiada juga orang yang akan membeli daging ayam yang dilabel khinzir? Betul tak?

Buktikan yang kita 100% muslim.
Tunjukkan, bukan pada manusia, tapi kepada tuhan memerhati dan malaikat yang mencatat!


# # # # #


Ketahuilah bahawa saudaraku sekalian. Semangat bagaikan api yang marak. Ia boleh dinyalakan dengan bara yang besar, ataupun ranting- ranting pokok. Adapun ranting-ranting ini dapat menyalakan api yang besar, namun akan padam setelah beberapa ketika. Sedangkan api yang dinyalakan bara yang besar akan kekal lama. Kadang-kadang bara tidak mengeluarkan api yang marak, namun kehangatannya tetap dapat dirasai oleh orang-orang yang mengelilingi. Bara tetap membakar jika ada kertas yang diletakkan padanya. Inilah IMAN.


 Bagaimana cara nak buat bara?

Senang saja! Bayangkan bahan bakar = amal.

  1. Nyalakan api.
  2. Mulakan dengan daun-daun kecil.
  3. Tambah ranting-ranting kecil.
  4. Tunggu hingga ranting-ranting kecil terbakar.
  5. Tunggu dengan sabar.
  6. Ranting kecil akan menghasilkan api yang lebih besar.
  7. Tambah kayu yang lebih besar.
  8. Tunggu kayu tersebut terbakar.
  9. Tambah saiz api secara berperingkat.
  10. Akhirnya, tambah dengan kayu balak.
  11. Bara terhasil!
  12. Sekarang dah boleh memasak!
Petua-petua dalam menghasilkan bara:
  1. Gunakan bahan bakar yang betul. Ikut sunnah.
  2. Jangan tergesa-gesa. Ada orang yang terus nak memasak bila dah nak nampak api, akhirnya api tersebut padam. Akibatnya, kena mula dari awal.
  3. Gunakan api untuk 'membakar' amal yang lebih besar secara efisyen. Terlalu lambat menambah kayu juga akan menyebabkan api padam. 
Akhir kata, Selamat mencuba!



Eh belum habis, mulai hari ni, kena buat report FYP kat blog, hehe.

Report Day 1 

Achievements today:Successfully used the code found on web to perform DTW on manually modified mp3 which was converted to mono, 16k sampling rate, wave file (obviously thats the way to do it). Stereo .wav have 2 columns of data while Mono .wav have only 1 column of data. The result of the experiment was a line bent upward, but still start and return and center even though the sample and reference .wav file were totally different. Currently finding a more concrete way to prove similarity between two signals other than reading the graph, maybe a discreet value. Haven't thought or try to write a code on DDTW based on the algorithm given by the paper on DDTW. Will start today, wait for the report tomorrow! :)