Pages

Palestin: Antara Tindakan dan Omongan

Monday, January 12, 2009

Semua orang menulis tentang Palestin. apa sumbangan tulisan saya? Cuma ini:

Isu palestin bukan isu baru. bukan baru semalam bukan minggu lepas, tetapi sudah berpuluh tahun. Sejak kejatuhan khilafah, para kafir sudah menunjuk belang. Membantai para muslimin di seluruh dunia. Tetapi mengapa palestin di tonjolkan? Bumi Syam merupakan bumi yang diberkati Allah. Seperti mana yang difirmankan Allah dalam surah Al-Isra', ayat pertama. Bumi ini juga tempat tinggal para nabi sejak nabi Ibrahim. Di sinilah Islam menapak buat sekian lama. Di sini juga menjadi pusat pentadbiran Islam sejak nabi Daud lagi. Bukan isu bumi, tetapi isu agama. Di situlah Islam paling lama menetap. Apabila orang Yahudi mengusainya, mereka seolah-olah berkata: " Kami sudah menguasai kamu wahai para muslimin! " 
 
Itu omongan sahaja. Saya pasti semua orang boleh memberitahu 1000 lagi sebab mengapa isu ini penting diambil tahu. Namun soalan saya bukan tentang pengetahuan, tapi tindakan. Apa peranan kita dalam isu ini. Sekarang ada yang sedang turun menjalankan demonstrasi, ada yang meminta tandatangan, ada yang menghantar memorandum dan beribu perkara yang lain. Saya turut menyertai acara-acara ini dan minta maaf saya katakan, INI SIA2.

Kafir laknatullah itu tidak akan sesaat pon berhenti menyerang disebabkan demokrasi, memorandum, dan tandatangan. Tidak, demi Allah tidak! Bahkan mereka mungkin mentertawakan kita kerana kebodohan kita yang mempercayai perkara-perkara ini dapat mengubah keadaan di Palestin.

NAMUN, saya tidak menyertai acara-acara ini untuk membantu Palestin, tetapi lebih kepada ingin menyedarkan masyarakat yang BUTA HATI, tidak sensitif penderitaan saudara-saudara di serata dunia. Ini sebenarnya satu fitnah yang lebih besar dari cubaan di Palestin. Saudara kita yang syahid di Palestin i'Allah akan ke syurga. Tetapi saudara kita di Malaysia yang mati kerana hiburan, bagaimana? Saya biarkan persoalan ini untuk anda renungkan.

KINI, saya lontarkan tindakan yang benar-benar terbukti untuk membantu muslimin di Palestin:

1. Doa. Senjata terhebat para mukmin. Ini juga wasiat pemimpin Hamas ketika datang ke Malaysia satu ketika dahulu.

2. Boikot. Ironi, tetapi sebenarnya kita lah yang memberi dana kepada Yahudi untuk membantai umat Islam. Intel, Nokia, Danone, Coca-Cola. Tiada guna seminggu pun demonstrasi kita jika kita memberi walau RM1 kepada Yahudi. List barang Yahudi 

3. Derma. Kini di Palestin mereka bagai dikepung. Segala-galanya kurang. mereka amat memerlukan. Apa salahnya jika RM2 yang dulu kita belanjakan membeli Coca-Cola kita berikan kepada palestin. Allah melihat usaha kita walaupun RM1 !  Derma Online


No comments: