1. Undang-undang Malaysia
Seperti yang diberitahu dalam catatan yang lepas, BBA telah diisytiharkan tidak dah dari segi undang-undang oleh kerajaan Malaysia. Hal ini diputuskan oleh mahkamah Malaysia. Tetapi disebabkan risau kerugian yang mungkin akan ditanggung oleh semua bank yang mengamalkan BBA, berita ini tidak disiarkan di media-media yang utama di Malaysia. Sungguhpun begitu, ada akhbar yang menyiarkannya seperti yang terdapat dalam link berikut:
2. Undang-undang Islam
Kalau ditanya pendapat peribadi, BBA secara jelas adalah riba'. Jika ditanya kepada orang yang lebih 'arif' di Malaysia, jawapannya adalah begini: "Memang nampak macam riba', tapi kalau dikaji dengan lebih mendalam, bukan riba'. "
Apa jenis jawapan tu? Jawapan seperti yang tertera di atas mengingatkan saya kepada hadith nabi yang mafhumnya: "Di akhir zaman, manusia akan memanggil riba' dengan berbagai nama yang lain. " Bagi saya, apa yang nampak macam riba' memang riba'. Jangan putar belit otak saya.
Untuk pengetahuan, hanya bank-bank di Malaysia yang mengamalkan BBA. Sistem BBA ini ditolak oleh semua bank Islam lain di dunia. Kalau betul BBA ini harus(halal), kenapa ia tidak diterima kecuali di Malaysia?
Semoga Allah merahmati kita dan memberi petunjuk agar kita tidak dilemparkan ke neraka kerana benda-benda yang kita anggap kecil tetapi sebenarnya dosa besar.
No comments:
Post a Comment