Assalamualaikum warahmatullah..... selamat sejahtera...
took me some time to log in. terlupa password .. hari ni saya nak cerita. banyak cerita.. x tau menarik ke tidak. tapi yang pasti orang yang menghayati akan nampak pengajaran.
apa yang penting. segala yang bertepatan dengan quran dan sunnah consider la utk ambik. tapi yang lebih penting, kalau ada yang bertentangan dgn quaran dan sunnah, tolak jauh2!
case1:
cerita pasal final exam. esok ada paper last untuk final exam. masalahnye,die susah. susah bagi saya la at least. nak baca nota, jawapan xde dalam nota. lecturer ni suruh baca banyak buku agaknye. dah dekat exam br tersedar.sigh.. btw rasanye tak fail kot(sangka baik dgn Tuhan). tapi nak excel tu susah sket la. Tuhan bg pon setimpal dgn usaha kan? habis cerita.
case 2: (serius sket)
Pemimpin. Rais. Ketua. Taiko. dll. senang nak disebut, ramai yang berebut. tapi ramai yang tak sedar betapa beratnye perkataan tu sebenarnye. ni pengalaman peribadi. banyak kes. orang ramai tengok macam simple. tapi saya rasa berat. saya anak lelaki yang sulung. so apa2 hal, ayah akan pass down amanah kat saya la. ada satu masa kena travel dengan family pergi KL. tapi ayah ada hal jadi tak ikut. dalam perjalanan dapat rasa tanggungjawab tu. bila adik nak apa2, akan mintak kat saya. cuba bayang dalam bas bukan senang nak buat semua benda. nak toilet la, lapar la. dll. benda biasa, ye, tapi terasa amanah tu kena buat. bila saya bayang adik beradik saya yang ada 9 orang. dan macam mana ayah dan mak layan semua kerenah anak-anak. rasa macam nak pecah kepala.
Di kolej pun ada jadi. xdela sampai orang tu panggil saya bos ke apa. tapi ada orang yang bila kita nasihat dia akan ikut betul2. ingatkan nak bergurau je dgn dia, tapi dia buat betul. i cant help to feel that whatever he's done wrong was my responsibility. bayang sendiri la. kalau anak halaqah jenis yang memang respect habis kat naqib. diorang meletakkan kepercayaan kat naqib untuk ubah diorang. BESAR tu!! nak letak jadi perkataan memang payah. keberatan seorang pemimpin dari segi hakikat.
Mungkin saya rasa berat sebab tak pernah pegang jawatan besar2 sejak dari sekolah lagi. orang offer pun saya tolak... rasa macam tak dilahirkan sebagai pemimpin. tapi bila masuk universiti, orang suka lepas tanggungjawab kat saya. baru la sedar beratnya amanah. T_T
case 3: (lebih kpd emosi~~attention~~don't be offended by this)
Bila cerita pasal pemimpin. terkenang golongan senior dalam tarbiyah kat malaysia.
Golongan yang negara ni pernah terarah jadi baik (tahun 70-90an). golongan yang banyak sumbangannya kepada kita. golongan yang menyebabkan saya membesar dalam suasana yang lebih solehah dari sekarang. apa yang saya panas kat sini bila ada budak2 yang sebaya dengan saya cakap "diorang dah tak buat kerja" dan berlagak hebat. sedar sikit ya akhi. antum baru dalam tarbiyah secara serius berapa tahun?! apa kerja yang antum dah buat?! ana bukan nak puji sesiapa(senior) atau nak kutuk sesiapa(junior). cuma nak mengingatkan kita pada diri kita sendiri. nak insafkan diri. apa sangat sumbangan kita? bagi contoh diri sendiri la bagi orang tak sakit hati. saya sekarang umur 21. dalam tarbiyah sedar yang tak buat apa lagi. nak banding dgn seorang 'pak cik' ni. beliau masa 21 aktif berdakwah (ana ulang, aktif!). buat usrah sana sini. jaulah beribu2 kilometer. balik malaysia pon still aktif. cuma sekarang dah slow sikit. kemudian adalah 'pakcik2' lain yang cakap dia tak buat kerja. kalau 'pakcik2' ni yang cakap macam tu, tak komen apa la sbb benda tu subjektif. dulu laju sekarang slow.dan banding dengan 'pakcik2' tu, beliau memang tak kerja. tapi bila ada orang yang baru dalam tarbiyah yang belum bekerja pon, yang komen. hati jadi panas. PANAS gua cakap panas. kenapa panas?! mari kita tgk fakta.
Orang muda ni penggerak utama. Tak kira la Islam ke Jahiliyah
Golongan muda tahun 70-an ||effect|| negara terarah baik
Golongan muda tahun 80-an ||effect|| maintain graf kebaikan
Golongan muda tahun 90-an ||effect|| akademi F??
Golongan muda tahun 00(saya la) ||effect|| hedonisma tahap maksima.
kena sedar la. orang muda penggerak utama. jangan alihkan kesalahan kepada orang lain.
kena sedar jugak. time ni kita paling berpengaruh kepada masyarakat. manfaatkan.
orang yang paling berpengaruh diantara orang-muda ni ialah.... orang yang belajar sampai universiti. orang respect. orang sanjung. dan paling penting, orang tiru.
Up to us nak naikkan balik kecerunan graf biar jadi positif. kat sini at least. kemudian ke seluruh dunia.
~~seperti yang diingatkan. ambil apa yang ngam dgn Sunnah dan tinggal yang ada unsur Jahiliyyah~~
May Allah bless our day!
1 comment:
Salam,
satu post yang tarbawi dan suluki terhadap golongan2 yang baru2 nak giat dlm dakwah ni (cam kite la).
erm.. mengenai slow and laju ni, sbenanye dua-dua kne check and balance, yang senior tak smestinye maksum, dan yang junior tak smestinye lbih hebat. yang senior kalau org nampak slow kne ready utk laju, and menda itu bercara dan berhikmah. yang junior pula kene jaga kalam, and kene husnuzzon, kerana mereka ini org2 lama yang dah lama dan berumahtangga, berapa byk ujian yang derang dah lalu. tapi walau bagaimanapun, ini tak bermakna senior tidak boleh ditegur, sebaliknya perkembangan dakwah ini adalah tarbawi kepada semua pihak. kita tidak boleh menafikan jasa-jasa orang lama, dalam masa yang sama, kita tidak boleh menyekat semangat orang muda. dalam masa yang sama org muda harus dan wajib utk beradab dalam mengukur kelajuan progress dakwah pada seseorang, igt tugas kita utk berdakwah, bukan menghukum.
salam.
Post a Comment