salam.. again.
bertemu lagi. sari berita penting.
penulis dilaporkan berada di johor kerana mengunjungi rumah kakak beliau yang sudah lama tidak dikunjungi. ketika di johor, penulis didapati terpaksa menjadi seorang 'baby sitter' ataupun pengasuh kepada anak saudara penulis yang berusia lapan bulan. kita ikuti temuramah bersama penulis:
"Jaga bayi ni bukannya mudah"
sekian temuramah bersama penulis...
di kala penulis sedang menulis, ramai rakan2 seagama melakukan berbagai aktiviti waktu ini. apa yang belia di malaysia sedang buat sekarang? mari kita lihat:
1. Parti
Sekarang musim post-exam dan sudah tentu ramai yang sedang berpesta kononnya hendak meraikan "merdeka"nya mereka dari keperitan belajar dan peperiksaan. di kala mereka asyik merancang, banyak idea yang dilontarkan. penulis sendiri ada diajak pergi bercuti ke sebuah kwasan peranginan yang tak kurang popularitinya. ajakan ditolak. bukan kerana anti-sosial. tapi kerana pengalaman mengajar erti hidup~tiada kaitan. bila program2 seperti ini berjalan, ia tak lari dari pergaulan bebas. membuang masa. dan kadang2 gurauan terlampau. apa yang nak ditekankan di sini budaya belia. ---- pergaulan bebas, hedonisme---
2. rempit
kalau sembang lelaki bermotor. tentulah merayau berkumpulan. "kitorang bukan budak jahat, kitorang lepak sama2 jer." budaya rempit ni memang dah meresap dalam masyarakat. seriusnya budaya ini sampai ada satu organisasi yang terpaksa meng'iktiraf' mereka dan terpaksa menyerap mereka untuk melakukan perkara2 yang lebih berfaedah(tampal poster pilihanraya?!). betul, memang betul mereka bosan. tapi waktu malam?? mana pergi ibu dan bapa?? disini tidak mahu buka persoalan salah siapa. tapi cuma menyedarkan kita masalah yang sedang berlaku. dari budaya rempit datang lah banyak masalah lain. kemalangan jalan raya yang meningkat. mengikut statistik, jumlah yang terbunuh di jalan raya di negara kita lebih ramai dari yang terbunuh di palestin. walau setinggi mana pun jumlah yang terkorban, jumlah mat rempit tetap meningkat. "mereka ni tiada sifat cinta dunia, takut mati"-gurau seorang sahabat. bila dah berlaku kemalangan, secara tak langsung bertambah vandalisme di jalan raya. langgar sana,langgar sini. rempit bertambah buruk bila ada jantina berlainan jenis. mulalah yang jantan membuka gelanggang 'siapa lebih berani?!'. seorang demi seorang angkat motor. masing-masing nak tunjuk hebat depan perempuan(tak jauh beza dengan binatang buas di hutan). bila dah ada perempuan, mulalah kes lain pula. zina,anak luar nikah, bayi terbuang. "patutlah raudatus sakinah penuh jer" -keluh seorang pemerhati. ---- buang masa, pergaulan bebas,kemalangan----
~end of part one~
Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
6 years ago
No comments:
Post a Comment