Esok menandakan semester baru pelajaran di University of Nottingham Malaysia. Ini semester terakhir sebelum berjaya mendapatkan segulung ijazah sebagai jurutera. Sedar tak sedar dah tahun keempat belajar kat Universiti ni. Esok aku mengharapkan perubahan for the better, for everything. selama 2 minggu menghadapi peperiksaan, banyak benda jadi tak terurus, kucar kacir!
Masuk semester baru ni, nak pasang azam. Aku nak first class degree. And the battle starts tomorrow. Banyak benda kena susun balik ni. Tarbiyah, dakwah, study, etc...
Azam tarbiyah:
- Nak baca buku secara regular
- Nak exercise regularly (physical)
Azam study:
- Nak siapkan FYP as soon as possible
- Nak study regularly, jumpa lecturer lebih kerap
Actually, performance study dah menurun banyak. Teringat lagi masa kat sekolah dulu, pelajaran bukan satu masalah yang besar, at least not that i can't handle. but now..... T_T ... ... .. doakan aku kengkawan.
Bila ingat zaman sekolah, teringat kawan-kawan dulu. Teringat cita-cita zaman dulu. Teringat hobi zaman dulu. Tak sangka banyak dah berubah selama 10 tahun ni. Kalau ditanya aku yang dulu, mesti tak sangka akan jadi harith yang sekarang, haha! But that's life. Penuh dengan benda yang tak dijangka.
Tadi sembang-sembang dengan kawan-kawan, terkeluar masalah fiqh. Apa hukum berkabung? Perbincangan yang tak lain tak bukan berkisar tentang meninggalnya Sultan Johor. Aku tak nak bincang masalah fiqh, kalau nak tahu silalah buat kajian sendiri. Yang penting aku tak berkabung. Bila dengar kematian, apa yang kita patut buat ialah menginsafi. At least itu yang diajar pada aku.
Kematian, benda yang pasti. Tapi berita kematian kali ini dikaburi dengan benda-benda yang lain merupakan hal kecil berbanding pengajaran yang sepatutnya kita ambil. MATI. Benda yang tiada siapa pun boleh elak. Walaupun yang meninggal dunia itu bukanlah seorang yang terkenal atau tersohor sumbangannya, bila kita mendengar tentang kematian apa yang kita patut buat ialah ambil pengajaran. Satu benda yang sudah hilang dari masyarakat kita hari ini. Ambillah pengajaran dari peristiwa, kesilapan dan kemalangan orang lain. Ada satu kata-kata yang slelau kita dengar:
"We dont have time to make all the mistakes, so learn from others"
Semoga setiap peristiwa yang kita dengar setiap hari akan memberi input, seperti yang sepatutnya. Moga kita masing-masing ambil iktibar.


1 comment:
Nak study regularly, jumpa lecturer lebih kerap - bagus2 hehe
Post a Comment