Blog post
- 8.33 am
Tengok ramai manusia pergi kerja. Diorang ni ulang benda yang sama tiap2 hari. Agaknya dia bahagia tak? Tengok ramai manusia yang hidup tanpa matlamat, tak sedar pun kenapa dihidupkan, kenapa dilahirkan di dunia, apa tanggungjawab? Apa tugas? Ada yang tahu tugas secara umum, tapi tiada yang mengajar apa yang perlu dibuat secara realitinya. Tugas sebagai khalifah, tanggungjawab sebagai hamba. Tanyalah siapa pun yang pernah mengambil subjek pendidikan Islam di sekolah dulu, tentu dia boleh jawab dengan lancar. Tapi perbuatan yang dilakukan sehari-hari tak menggambarkan pun apa yang disebut dimulut. Ada juga yang nampak secara praktikal apa yang perlu dibuat, tapi tak juga dilakukannya. Alasan sibuk, banyak assignment, esok test, ramai lagi orang Islam lain yang boleh buat selalu terngiang2 di telinga. Bukan salah mereka. Sebenarnya kefahaman tentang Tanggungjawab yang tak sempurna menyebabkan alasan2 tu keluar dari mulut. Moga mereka faham dan bersama satu hari nanti. Ada juga satu golongan lain yang tahu, beramal dan bersungguh dalam amalnya. Inlah golongan yang mengikut dan menerima segala aspek dalam Islam secara asli sebagaimana ia diturunkan dahulu. Mereka berpakaian sama seperti msnusia lain, bercakap dialek yang sama seperti mansia lain tapi mereka jelas berlainan. Manusia senang berada di sekeliling mereka. Mereka sangat mengasihi manusia yang beriman. Mereka tak mengharapkan harta, penghormatan atau jawatan. Akan tetapi manusia beri segala perkara itu kerana yakin akan akhlak mereka. Tujuan mereka hanya satu; mendekatkan manusia kepada Tuhan Yang Mencipta. Dan itulah golongan yang terbaik. Golongan yang Allah sebut dalam KitabNya.
Namun bagaimanakah kita? Dalam kumpulan manakah kita tergolong? Ketahuilah manusia ini boleh berubah2 mengikut usia. Berdoalah supaya kita tergolong dalam kumpulan yang terakhir, hingga nafas terakhir; yang dijanjikan surga buat mereka.
8.52 am
Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
6 years ago
No comments:
Post a Comment