Pages

Edisi Kerja

Tuesday, June 16, 2009

Adoi ai. dah dekat sebulan tak menulis. maybe dah ade artificial sawang pun dekat blog ni. haha.

hari ni penat lagi bekerja. kalau tengok skop kerja macam tak penat sangat pun. tapi bila duduk kat kedai tu, ada je kerja yang kena buat. pelanggan tak ramai. ramai yang membeli pun ikhwah(read:brothers) je. Kadang-kadang ada la orang luar masuk kedai, tapi pasal hal-hal yang tak berkaitan dengan beli buku langsung. Tanya jalan la, tanya kedai faks la, kedai stationary la, etc.

Sejak kerja ni duduk dengan rumah ikhwah kat-kat sini. Menarik gak la, kurang sikit benda lagha yang dikerjakan. Kalau duduk rumah, samada duduk depan komputer atau TV je lah. Sekurang-kurangnya kat sini banyak sikit pahala yang diusahakan.

Maghrib tadi baru pergi dengar ceramah Ust Hasrizal, setelah diajak pergi. Mula-mula malas juga, sebab tengah penat dengan lapar. Ceramah mula lepas maghrib, cerita pasal buku 'Apa Erti Saya Menganut Islam'. Benda yang dah pernah dengar, tapi dikupas dengan cara yang berbeza. Walau apapun, tertidur pula tadi depan ustaz tu (menyesal duduk depan). Sampai ustaz perli orang tidur tengah ceramah. T_T, terjaga terus.

Kesimpulan: jangan tidur tengah ceramah.

Minggu lepas masa program ada terjumpa junior dari sekolah hira'. 'Dan' namanya. Sembang-sembang dengan Dan macam bersembang dengan diri sendiri yang 3 tahun yag lepas. Memang Hira' pandai mewarnakan orang dengan satu corak pemikiran yang serupa. Tapi biasalah orang baru keluar sekolah. Perjalanan ke Universiti insyaAllah akan mematangkan kita. Hidup makin jauh. Ana doakan kita sentiasa tsabat dalam jalan ini. :)

1 comment:

Thaaqhib Mohammed said...

ok pe..tidur time ceramah~

telinga masih terpasang