Pages

terima kasih cikgu

Thursday, April 24, 2008

Hari khamis. Cikgu datang lagi dengan baju biase dan rambut x terurusnye. hari ni cikgu kata nak ajar kami sesuatu. kami selalu ikut kelas cikgu. kadang terpaksa, kadang sekadar mengisi masa, dan terkadang sebab memang kami nak sesuatu. kami memandang wajah cikgu. Cikgu memang seorang yang biasa. dengan cermin mata yang sedikit bercalar, baju t-shirt yang nampak lusuh dan seluar jeans yang mungkin dibeli di pasar mlam. jika orang terjumpa cikgu di jalan2, mungkin tidak disangka yang dia seorang pengajar. yang membentuk dan mendidik manusia, kami.

kami duduk mendengar kata2 pendahuluan kelas hari itu. hari in cikgu cerita tentang ...........................................................................................................................................................

tanpa kami sedar kelas sudah selesai. cikgu beredar meminta diri. ini bukan kelas yang pertama, dan mungkin juga bukan yang terakhir. kami sudah mengikuti kelas cikgu hampir satu tahun. tapi kesan yang ada pada diri sedikit sekali. kami terfikir, mengapa?


" Manusia memang perlu hidup bermasyarakat, sebab manusia makhluk yang bersosial. Tapi manusia perlu berjuang mengalahkan dirinya sendiri sebelum berjuang bersama orang lain. kelas ini tidak akan berkesan selagi kamu tak bersihkan diri sendiri. hidayah Allah sentiasa ada, tapi hati yang terhalang tidak akan terkesan dgn hidayah."

Begitulah kata2 cikgu pada salah satu sesi kelasnya. benar sekali kata cikgu. hati kami tidak terkesan kerana setiap kali kami pulang, kami pulang kepada dunia dan dosa. kalau kami terus begini, kelas yang setiap minggu hanya sia-sia. buang duit. buang masa. buang tenaga cikgu. ramai lagi yang perlukan tenaga cikgu. ramai lagi yang perlukan ilmunya. kalau kami terus begini, biarlah orang lain jadi pengganti, yang lebih menjaga hati..
kalau kami terus begini...

1 comment:

Syamil Esa said...

salam, suatu post haraki yang menolak untuk membersihkan hati. memang tiada jalan lain selain dimulakan dengan berubah dari diri sendiri kemudian yang lain pasti mudah.